Skip to main content

visi & misi

VISI 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

MISI 

Melestari Sistem Pendidikan Yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

moto sekolah

Rajin Usaha  Keimanan Kecemerlangan

slogan sekolah

Serlahkan Potensi

budaya sekolah

BUDAYA TERIMA KASIH

Mengucapkan terima kasih kepada:

  • Sesiapa tidak kira sama ada rakan sebaya, guru atau orang yang lebih tua daripada kita apabila mereka memberi sesuatu barang.
  • Guru apabila selesai setiap waktu pengajaran dan pembelajaran.
  • Pihak kantin apabila mereka memberikan makanan.
  • Doktor atau jururawat setelah kamu menerima rawatan.
  • Pemberrsih bangunan dan kawasan kerana telah membersih dan menceriakan persekitaran sekolah.
  • Pengawal keselamatan kerana telah menjaga keselamatan sekolah.
  • Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN) atau Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah sudi melawat dan memberi tunjuk ajar bagi memastikan kecemerlangan sekolah.
  • Allah dan bersyukur kerana telah memberi akal fikiran yang baik kepada kita untuk menuntut ilmu.
  • Allah dan bersyukur kerana telah memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan kita dalam keadaan insan yang diredhai.

LOGO sekolah

LAGU sekolah

RAJIN DAN USAHA

Di kedamaian desa yang indah permai,

Tempat kami menimba ilmu,

Bekal hari tua,

Negara tercinta

Tiada diragui.


Berkat ketabahan dan kerajinan,

Serta kegigihan guru semuanya,

Rajin dan usaha,

Semaikan dijiwa,

SK Felda Kahang Barat

(ulang)